Jumaat, 15 April 2011
Selasa, 22 Mac 2011
RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 3
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tarikh : 20hb Januari 2010 (Rabu)
Kelas / Tahun : 3UKM (3C)
Jumlah Murid : 28 orang murid
Masa : 01.30 – 02.30 petang (1 jam)
Bidang : Menggambar
Aktiviti : 1. Murid-murid dapat membuat lukisan daripada pelbagai media dengan teknik mozek.
2. Murid-murid menghasilkan sebuah lukisan mozek yang kreatif.
Tajuk : Rumah Impianku.
Teknik : Mozek (guntingan dan tampalan)
Keperluan : 1. Alat / Bahan :
a) Warna air
b) Gunting
c) Kertas lukisan
d) Majalah, suratkhabar,kertas berwarna
2. Rujukan
a) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan SeniVisual
Tahun 3
b) Buku Pendidikan Seni Visual Tahun 3
c) InternetObjektif Modul :
Guru dapat mengajar murid-murid;
1. Kemahiran menggunting dan menyusun kepingan kertas daripada pelbagai media (teknik mozek).
2. Mencari sumber rujukan dan melakar gambar rumah di tepi bukit.
3. Menghargai sumbangan pelukis tempatan yang telah menghasilkan lukisan teknik mozek yang kreatif.
Objektif Pengajaran & Pembelajaran
1.Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari.
2. Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsur-unsur budaya tanahair melalui kegiatanseni visual.
3. Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman pembelajaran dalam portfolio.
4. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, ketekunan, kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan.
ØGuru memulakan P&P dengan menunjukkan sebuah karya seni mozek.
ØGuru menyoal murid-murid tentang teknik lukisan berdasarkan karya yang dipilih. (Mencungkil pengetahuan sedia ada murid)
Contoh soalan:
1.Bagaimana lukisan mozek ini dihasilkan?
2.Apakah teknik yang digunakan bagi menghasilkan lukisan ini?
ØGuru menerangkan tentang definisi mozek.
( Mozek adalah
satu aktiviti guntingan,susunan dan tampalan).
ØMurid melengkapkan lakaran rumah yang disediakan.
ØGunting kertas warna berbentuk segi empat atau berbagai
bentuk dalam pelbagai saiz.
ØMurid bersama ahli kumpulan menggunting kertas warna
atau kertas majalah.
ØMurid mengam dan menyusun kertas warna tersebut pada
lakaran yang telah dihasilkan
Ø Guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid
cara-cara menghasilkan teknik mozek.
ØMurid dalam kumpulan menyusun keratan kertas warna
mengikut objek yang sesuai.
Ø Murid dikehendaki melakukan aktiviti ini dengan kemas.
Ø Kumpulan yang dapat menyiapkan hasil kerja dikehendaki
melakukan aktiviti pembentangan.
Ø Guru meminta murid-murid lain memberi respon / komen tentang hasil kerja rakan-rakan mereka.
Ø Guru memberi bimbingan murid-murid membuat pembentangan.
§Pembentangan hasil kerja.
§Murid-murid menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan
rakan secara kritis dan memberi respon/komen berdasarkan pengalaman
pembelajaran sepanjang aktiviti dijalankan.
1) Pelajaran diakhiri dengan sesi Apresiasi dan Refleksi;
i) Guru membuat rumusan.
ii) Penerapan nilai-nilai murni.
2) Soal – jawab:
Apakah yang dimaksudkan dengan mozek?
Berikan nama seorang tokoh mozek tanahair?
Apakah nilai-nilai murni yang anda dapat dari pembelajaran hari ini?
Langgan:
Catatan (Atom)
















